/>/> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8433202393725463506?origin\x3dhttp://secawan-cappuccino.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



Copyrighted 2011
http://secawan-capucchino.blogspot.com/
'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!..

All Rights Reserved © Original
100% Copyrighted 2011 Blanche'


Profile

Asalammualaikum and hello readers...My name is AHMAD SAFWAN BIN WANDI SALLEM. You can call me Safwan, Wan or Mika(because my author name is Ahmad Mikhail). I am 22 years old and study in Bachelor of Science (Hons) Textile Technology at UiTM Shah Alam. Islam. Masih bernyawa. Mahasiswa sepenuh masa. Penulis dan Pemuisi.

The Boring Wishlist

Cukup berjaya di dunia dan di akhirat. Dapat membalas jasa mak dan ayah.

Links
My Puisi Blog
Twitter
Facebook
Posting

November 2011
December 2011
January 2012
March 2012
June 2012
July 2012
August 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
September 2013
November 2013
December 2013
November 2016
June 2018
July 2018
November 2018
February 2019
July 2019
November 2020

Cheers

Designer: Jean
Images: DevianArt
Image Hosted: Photobucket
Hosted By: Blogger



Saturday, 30 March 2013

asalammualaikum guys..sihat?..macam mana cuti korang? ya aku cuti ni sungguh bosan nasib baik kazen aq turun jb pagi ni..anyway baru tadi teringt yang aku ada blog so cepat-cepat update..ya dah nak habis cuti baru nak updatekan kesiannya aku nie...bila cuti mcm biasalah kalau xder homework mesti x sah kan..aq redha je walaupun homework bnyk sebab aq bukan buat semua pun dan ya aq memang pemalas orangnya..so what? diri aku kan 'whatever'...

So sekarang buat masa nie ada rasa lega sikit lah sebab aku dah bebas dari masalah drpd kawan2 aq..tu lah orang lain punya masalah kita pulak kena terlibat..dan aku ingin kembali kepada lifestyle hidup aq mcm form 2 yang lebih suka mendiamkan diri dan x peduli pasal hal apa2 pun asalkan orang x kacau hidup aku...

Aku x tahulah bila dah naik form 4 nie kebanyakkanya aq lebih mengalah kpd perempuan i dont know why and what is happen to me? adakah aq dah tukar soul ngan orang lain ke masa tidur...oh just forget it..maybe aq nak lebih control panas baran aq dr melepas kpd semua orang yang buat hal scara sengaja or tak....

Sekarang ni berdasarkan pengalaman hidup aku..susah nak cari kawan yng setia kpd kita..bukan nak kata aq xder kawan setia or korang xder..tp memang susah nak carinya..kadang2 bila kita buat itu ini dan kawan kita tu x suka mulalah sesi gossip ngan rakan lain..kawan yang setia ialah kawan yg memahami kawannya sendiri dan sanggup dn sentiasa bersama tatkala di waktu gembira or sedih..tp mungkin telah jadi lumrah hidup manusia lah kan sebab tu jadi mcm tu...

Anyway sudi-sudilah baca puisi hasil karya aq yang kedua yang telah aq karang selama setengah jam tu :)

Puisi: Seindah Namamu Oh Islam 
Karya: Ahmad Mikhail

Islam,
Namamu cantik seperti permata nilam,
Menyinari dunia yang hitam dan kelam,
Bagaikan noktah putih di padang hitam,
Indahnya begitu namamu Islam

Tapi sayang,
Kehadiranmu dicerca pendatang,
Dianggap membinasakan kekayaan orang,
Pejuangmu turut ditentang,
Tetapi akhirnya mereka mati di medan perang,

Kini..namamu hanya di kalam,
Generasi baru hanya ke pawagam,
Ada juga yang ke kelab malam,
Begitu juga yang sibuk membina kapal selam,
Namamu dicari apabila waktu suram,
Sudah dicari kembali tidur di tilam,

Tegur dikata ketinggalan zaman,
Jadi apa yang anda mahukan?
Di dunia ini ada berjuta pilihan,
Tapi di akhirat kelak cuma ada dua pilihan,
Syurga dan Neraka pilihan yang diberikan,
Tetapi neraka menjadi banyak pilihan,

Tidakkah anda sedar Izrail melihatmu,
Tetapi kita hanya duduk menonton sembilu,
Negara ini ibarat daun di atas paya,
Hanya dengan tiupan angin boleh hanyut dengan izin-Nya,

Oh Islam namamu kini semakin dipadam,
Mujur masih ada pena sebelum terpadam,
Namamu ibarat permata nilam,
Janganlah ia terus tenggelam.

Aku harap xder siapa yang terasa secara personal sebab ayat aq nie random ya..bila dipikirkan balik ya aq memang confirm nak jadi ustaz dan nak jd pengarang bahasa dan juga buku...doakan aku berjaya mencapai cita2 tu supaya aq dpt title Ustaz Ahmad or Ustaz Safwan or maybe Ustaz Ahmad Safwan..ya masih lagi confuse nak pilih nama yang sesuai..rasa post nie panjang sangat..then who cares? my blog kan..taknak baca klik dekat penjuru laptop kau tu kan senang ya dak..k gerak dulu guys asalammualaikum :)...

'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!'.


Thursday, 14 March 2013

asalammualaikum guys...korang sehat? sekarang aq dah dapat 7 paper out from 9..and i got 2A2C1D2G..walaupun ub1 dalam hati mesti ada rasa kenapa boleh gagal kan sedangkan member2 aq boleh capai A+..its okay past is past dan buat sebagai bed time story untuk anak aku nanti...

sejak dua menjak ini masalah antara kawan aku dah makin banyak aku tak tahulah sampai bila masalah mereka nie nak selesai..nak ada masalah jangan lah libatkan kita orang sekali...kita orang bosan tahu tak asyik nak dengar je pasal him you know..cari kawan time susah how is that men..kau ngadu kat kawan2 kau kita orang x layan kau tapi kau sendiri x periksa diri kau kenapa kita orang x layan kau..think yourself dah besar kan xkn tu pun nak ajar..jangan smpai kitaorang dah mati baru kau nak meraung mintak maaf..

semalam secara tiba2 hati aku tergerak untuk buat puisi aku xtau lah kenapa because it just suddenly happen dan aku amik 2 jam lebih untuk siapkan puisi tu..nie hasil karya aku...

Puisi: Tenggelam
Karya: Ahmad Mikhail

Aku lihat tenggelam dalam Islam
Aku pasti bukan para da'i saja yang nampak
Ada yang bercadang untuk memperjuangkan semula
Tetapi rebah dijeruah balik semula
Jadi aku menyendiri,memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bulan sabit dan bintang, jauh berterbangan bersama trajektori
Akhirnya kita kembali kepada arkaisme dan bahari

Aku lihat tenggelam dalam Islam
Sudah jelas johan ini bukan milik kita
Tetapi kita alpa jadikan dolar dan kama sebagai tuhan kita
Sehingga terlupa Munkar dan Nakir menanti di pusara kita

Tauhid dipertaruhkan kerana secebis ilmu
Bila tewas tidur dalam kelambu
Islam bukan agama yang baru
Tapi Islam telah dibaharukan kamu


Takkan Islam hilang di dunia
Ya..tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Taurat, Zabur, Injil, Quran ditinggalkan
Lirik di blog-blog menjadi buaian
Akan datang Islam hanya jadi kajian sejarawan
Setiap fi'il akan ada pembalasan

Di mataku melihat benua berperang
Osama sudah gugur dalam berjuang
Obama hanya duduk tersenyum girang
Agamaku dipijak orang

Ku lihat tenggelam dalam Islam

Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum telerai
Perjuangan kita belum selesai....

ini ialah hasilnya dan inilah hasil karya pertama aku dalam membuat puisi...k guys thats all want to share..asalammualaikum

p/s: jangan disangka perkataan yang kamu tahu di puisi itu ialah perkataan yang aq maksudkan

'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!'.


Saturday, 9 March 2013

bismillahhiramanhirahim..asalammualaikum w.b.t guys..first of all aku baru habis periksa dan dapat 2 paper iaitu fizik(59) math(46)..nak sad pun xder guna sebab it deserve to me what have i done for the exam..add math confirm gagal aku rasa 8 soalan aku x jawab..kimia ngan bio entah lah aku target dpt c je...everything is new to me buat masa ni aku cuba nak handle 9 subjek tu..

hujung minggu nie sepupu aq bertunang kat pd but aq kena cancel it mak ayah aq je yang pergi sebab hari sabtu ada sekolah dan masa tu juga ada watikah pelantikan for PSS dekat ts hotel taman scientex..sorry kazen xdpt nak jumpa kowang semua nanti cuti seminggu korang turun jb kita jumpa lah...

kesian kawan aku sorang nie..baru kau tahu macam mana rintangan bercouple lagi couple ngan orang bukan seagama ngan kau..baru kau sedar yang dia tu kuat agama x sangka selama nie kau rapat ngan dia kau xtahu aku yang xberapa rapat sangat dengan dia tu pun aq tahu dia tu kuat agama..aku harap kau pandai jaga iman kau jangan smpai kau terkeluar dari agama kau sendiri..jangan ingt aq diam aq x amik tahu pasal semua nie...aq nak tngok smpai bila kau boleh bertahan dengan dia..

k guys da puas bebel kat blog nie..gerak dulu asalammualaikum #salute

p/s: rambut ku dah botak

'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!'.