Saturday, 18 May 2013
asalammualaikum...yo guys 2 minggu ni busy sikit ngan exam then next week pun ada 3 paper lagi so nak update blog pun sekali skala je lah...oh anyway macam mana exam korang? hopefully dapat result yang korang nak..aku punya exam hmm not bad lah cuma fizik tersalah buat pulak hopefully takder yang gagal exam pertengahan tahun ni...
alhamdulillah lah problem di sekolah dah takda semua hidup happy walaupun ada yang sad..sedih tu biasa lah takkan setiap hari mood nak happy je an...ckp psal mood nie semalam aku menyirap gila ngan vincent ketua kelas aku...ada ke patut dia tolak kepala aq mana aq x panas...kalau sekali xper jugak nie 3 kali...first masa exam math2 sebelum rehat dia baru blik dri tandas then masuk kelas terus tolak kepala aq dan masa tu aq ngah wat math...second pulak dia tolak kepala aku lepas rehat masa exam math1 bila dia nak gi tandas tp aq sempat pukul tngn dia then yang ketiga dia tolak lagi lepas blik dr tandas pergh aq apa lagi memang ngah mendidih gila ah time tu bangun aq ingt nak tumbuk je kepala dia tu nsib sempat control baran aku last minit...kalau dia buat lagi tengok lah apa yang aku wat kat dia nanti time tu memang no excuse lah...kau nak bergurau tu beragak lah kalau sekali xper nie tiga kali pastu maen kepala pulak tu yang ditolak kepala aku yang panas baran nie....nak main ngan api aku dah lama x baran jangan smpai aku hilang sabar...tak serik lagi ke kena tibai dengan aq dulu...
as usual lah bila update blog mesti ada satu puisi aku tepek..aku buat puisi nie semalam time exam math 2 masa 2 jam setengah aq guna 1 jam je ntuk siapkan yang masa lebihan aku wat puisi guna test pad...enjoy puisi ke-5 aku ni:)
Puisi: Nadi Islam
Karya: Ahmad Mikhail
Nasyhid dimainkan,
Insaf bagaikan jiwa ditukarkan,
Ingin berubah menjadi tekad,
Belum tentu hingga sedekad,
Berilmu berdiri megah bertamsil,
Belum tentu mampu menyumbang pensil,
Kerana politik otak disumbatkan,
Bukan hanya panji biru dan panji hijau dikibarkan,
Tetapi panji hitam yang perlu kita kejarkan,
Warna hitam dikata kotor,
Kotor itulah akan dikibarkan,
Tertera kalimah tahlil serta seruan takbir,
Mengambil semula kota yang diranahkan,
Orang ke bulan disanjung tinggi,
Isra' dan mi'raj terus dilupai,
Ditarik minat dengan kisah baginda,
Tapi dalam kalbu hanya ada cinta,
Langit dan bumi bersalam akrab bersetuju,
Mengatakan nadi islam berdenyut perlahan,
Mulut kata terus berjuang tapi hati tiada hala tuju,
Inilah masalah ini zaman,
Kini kita hanya mampu menunggu Mahdi tiba,
Membentuk pasukan dari timur,
Itulah detik kiamat hampir tiba,
Islam bangkit dari tidur.