Friday, 29 November 2013
okay guys kali ni aku nak post cerpen aku yang sebelum nie aku sebut-sebutkan dalam blog nie. Wan Zulfaqar dan Ahmad Mikhail orang yang sama iaitu aku..dua nama tu nama pena aku for puisi Ahmad Mikhail dan for cerpen ke novel ke Wan Zulfaqar...okay xnak citer panjang enjoy cerpen tu :)
Asrar Rasian
Karya: Wan Zulfaqar
Embun pagi yang sungguh sejuk dan nyaman telah mengejutkan Amri yang terlena selepas satu hari bersandar di kerusi keretapi yang agak keras dan kental itu. Dia melihat jam tangannya dan jarum menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi. Namun kebahagiaannya di alam mimpi hanya sementara sahaja kerana fikirannya masih bercelaru memikirkan masalah yang dia alami sejak akhir-akhir ini.
Namun khayalannya secara tiba-tiba hilang selepas dia disapa oleh Mr Oong yang duduk bersebelahan dengan tempat duduk dia sendiri. " Am, lu tak boleh tidur juga kah? "sapa Mr Oong. Amri yang sedikit terkejut dengan sapaan itu hanya mampu menganggukkan kepalanya kepada Mr Oong. "Aiyaa! Jangan takut ma uncle cuma tanya saja lu jangan takut lah" kata Mr Oong. Selepas mendengar kata-kata Mr Oong tersebut Amri terus membalas "Mana ada uncle saya bukan takut cuma terkejut saja kerana uncle tiba-tiba tegur saya, saya ingatkan uncle sudah tidur". "Itulah lu asyik termenung saja dari pagi sampai sekarang, uncle mahu tahu juga apa yang lu pikir" balas Mr Oong. "Mana ada saya banyak pikir uncle saya cuma penat saja itu saya selalu termenung" ujar Amri. "Lu jangan tipu lah dah banyak orang uncle jumpa kata macam nie oh" balas Mr Oong. "Itu mereka bukan saya uncle sudaah lah uncle saya mahu sambung tidur" balas Amri. Dengan sekelip mata Amri kembali terlena selepas beberapa saat memejamkan matanya.
Keesokan harinya Amri bangun disebabkan oleh silauan sinaran matahari yang terik dan pada masa itu juga dia sedar yang dia telah tertinggal solat subuh. Dia lantas menuju ke tandas untuk membasuh mukanya yang nampak lesu kerana terlebih tidur itu. Setelah selesai membasuh mukanya dia kembali ke tempat duduknya lalu mengambil beberapa keping biskut Jacob's untuk mengalas perutnya dan tidak lama selepas itu Amri kembali termenung semula sambil matanya menembusi tingkap.
Apa itu mimpi? ujar Amri menyoalkan dirinya di dalam hati. Orang selalu bermimpi benda yang pelik dan menceritakan kepada aku. Aku terfikir apa maksud mimpi itu? Apa yang cuba disampaikan? Kenapa kita perlu bermimpi? Untuk apa? Orang kata mimpi itu mainan tidur tetapi aku tidak puas hati dengan jawapan itu. Aku tahu setiap mimpi ada benda yang tersembunyi yang ingin disampaikan tetapi aku tidak dapat tangkap apa yang cuba disampaikan berkata Amri di dalam hatinya sendiri.
Sejak kebelakangan ini pertanyaan tersebut telah menghantui dirinya dan telah menjadi satu masalah bagi dirinya. Dia berusaha ingin mencari jawapannya dengan melayari internet, membaca buku berkaitan mimpi dan bertanyakan orang-orang tua tetapi semua jawapan yang telah dia dapat masih tidak memuaskan lagi hatinya. Mr Oong yang melihat Amri sentiasa termenung itu sudah tidak menghiraukannya lagi dan hanya mampu menggelengkan kepalanya yang sudah beruban itu sahaja.
Tidak lama selepas itu Amri terlena sambil tangannya masih memegang biskut kering tersebut. Setelah 3 jam Amri tertidur, secara tiba-tiba dia tersedar dalam keadaan terkejut. Mr Oong yang berada di sebelahnya juga terkejut dengan keadaan Amri itu lantas dia bertanya kepada Amri "Oi kenapa lu, Amri ? lalu Amri menjawab "Tidak ada apa-apa uncle cuma tadi ada mimpi buruk sikit". Melihat dari keadaan Amri tersebut Mr Oong tahu bahawa Amri mempunyai masalah tetapi Mr Oong hanya mampu mendiamkan diri sahaja.
Amri yang baru sahaja tersedar dari tidurnya memikirkan kembali mimpi yang telah dia alami semasa tidur tetapi walaupun sudah puas dia memikir dia masih tidak dapat mengingatkan kembali mimpi tersebut kerana mimpi tersebut seolah-olah ingin memberitahu suatu perkara yang amata penting. Akhirnya Amri mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja hal mimpi tersebut.
Setelah lama perjalanan dalam keretapi akhirnya keretapi tersebut telah sampai ke Stesen Keretapi Wakaf Bharu. Amri yang ingin pulang ke kampung halamannya di Bachok,Kelantan bergegas keluar dari pintu keretapi kerana semangatnya yang berkobar-kobar untuk berjumpa keluarganya. Selepas meletakkan barang-barangnya di stesen tersebut Amri mengucapkan selamat tinggal kepada Mr.Oong yang ingin ke rumah anaknya di Kota Bharu dan merenggangkan badan seketika serta mengambil nafas yang segar di luar. Secara tiba-tiba Amri tersentak seketika kerana terdengar jeritan dari seorang makcik yang tidak berapa jauh dari kedudukannya. Amri melihat dua orang peragut meragut beg mak cik tersebut dan tanpa berfikir panjang dia lantas mengejar peragut tersebut bersama 2 orang lagi orang awam yang ingin membantu makcik tersebut. Amri berjaya menangkap seorang daripada peragut tersebut tetapi dia dihumban oleh seorang lagi rakan peragut tersebut jatuh ke landasan kereta api. Semasa Amri mahu membangunkan dirinya dia dapat rasa suasana dan keadaan yang dia lihat sekarang ini seperti pernah dialami oleh dirinya. Mendengar jeritan dari makcik tersebut dan melihat dua orang yang mengikutinya di belakang sebentar tadi sedang mengejar peragut-peragut tersebut telah mengingatkan dia kembali tentang mimpinya yang dia cuba sedaya upaya untuk meningatkan kembali semasa di dalam keretapi. Berdiri kakunya Amri di landasan itu dia terdengar bunyi hon kereta api yang sungguh kuat dan terngiang-ngiang dalam telinganya. Bunyi hon tersebut membuat dia teringat dalam mimpinya tersebut bahawa dia akan mati dilanggar keretapi dan disebabkan itulah dia terjaga dari tidurnya dalam kereta api pada waktu itu. Amri memalingkan kepalanya ke arah keretapi dan dengan lafaz dua kalimah syahadah Amri hanya tersenyum dan berkata dalam hatinya bahawa mimpi adalah rahsia Allah yang sukar untuk dirungkai dan itu yang membuatkan ia misteri.....
TAMAT
Tuesday, 26 November 2013
aslamualaikum semua..yes i m back haha..well sorry dah lama tak update blog nie sebab tahap kemalasan terhadap diri ini tidak boleh diungkap dengan kata-kata senang cerita like malas tahap gaban! result akhir tahun pon ku dah dapat dan amat mendukacita kan juga result tu iaitu aku dapat just 2A 1B 3C 1D 1E 1G ..cantik result aku dan aku tak sangka english aku dapat B wow pencapaian terbaik aku setakat ini untuk english sebab bukan senang nak dapatkan markah B untuk english dan yng G tu like always result add math aku..tapi takpe bulan 12 nie aku masuk balik tempat tusyen lama aku dekat seri alam dan hope aku dapat menguasai subject add math..
sebenarnya tak sangka aku next year dah jadi senior rasa macam sekejap je kat sekolah tu..dan bila dah jadi senior maknanya spm menanti dah tak boleh main-main lagi dan start serious..aku kena buat betul-betul for spm 2014 nanti dan try to beat abang aku punya result yang dapat 6A3B for his spm..yup tak mustahil aku boleh kalahkan dia kalau dia boleh buat takkan aku tak boleh buat dah besar kan haha..
for musim persekolahan bagi sesi 2013 ni aku boleh simpulkan is not bad lah bagi aku..tahun nie aku banyak aktif dalam kokurikulum dengan perkhemahan semua..dan target aku next year nak try luck aku lagi dalam bola baling dan badminton also masuk kawad kaki sebab selama ni aku tak pernah masuk kawad kaki walaupun aku tahu macam mana nak kawad tapi disebabkan baru tahun ni masuk krs so take time lah dulu..
and yeah cuti ni aku banyak habiskan masa aku buat puisi dan minggu ni aku dah buat 3 puisi dan alhamdulillah otak aku masih okay lagi boleh berfikir secara waras..okay that all for today jumpa lagi nanti aku tinggal kan korang dengan puisi ke-7,8 dan 9 aku :) asalammualaikum.
Puisi ke-7
Puisi: Kenyalaan Ardi
Karya: Ahmad Mikhail
Dunia dipenuhi mata,
Mata yang tiada hati berkata,
Darah mengalir memekatkan tinta,
Merah hitamnya mengalahkan takhta,
Baldu lotong menyerkap tubuh,
Mantera kejam sumpahan insan dibubuh,
Melalui hati dan mulut menuduh,
Nalar dibinasakan secara luluh,
Melihat kelenjar keluarnya dari batu,
Aku memikir hingga ke buntu.
Hanya mampu terdiam batu,
Tersenyum kaku,
Terhadap dirimu seperti celatu,
Kembali ke mata aku membuka,
Melihat ardi yang telah hilang rupa,
Aku berjalan di atas nyala,
Menanti kebenaran yang dialing lama,
Ditipu buta oleh yang mewarta,
Membarakan api di antara kita.
Puisi ke-8
Puisi: Warkah Untukmu
Karya: Ahmad Mikhail
Warkah untukmu,
Aku menulis dengan tinta pena yang basah,
Menantimu hingga bibirku terkacip tidak bermadah,
Hanya hati yang tahu menangis ditadah,
Warkah untukmu,
Hati ini ikhlas aku menulis,
Di mana kamu tatkala aku ditepis,
Hidupku dikikis menipis,
Darahku mengalir titis menitis,
Warkah untukmu,
Di sini diimbas kembali asal usulmu,
Kemanakah hadirmu aku menunggu,
Dari tengkujuh hingga ke salju,
Bayangmu tidak juga ku ketemu,
Warkah untukmu,
Jika kamu kembali bukalah ini tulisan,
Walaupun kamu melihat hanyalah kiasan,
Aku mahu ia dijadikan hiasan,
Untuk dirimu sebagai pesanan,
Dari aku yang telah lama ditelan.
Puisi ke-9
Puisi: Diari Seorang Wanita
Karya: Ahmad Mikhail
Memang begitukah lumrah hidup seorang wanita,
Sering ditinggal tak terkata,
Menyepi sendiri mengalir air mata,
Tirai kamar dijadikan kota,
Baginya untuk meluah kata,
Agaknya sudah nasibnya begitu,
Selalu terduduk berdiam batu,
Lumrah ditipu bertalu-talu,
Sanggup menelan pahit hempedu,
Mengukir senyuman tanpa silu,
Sebagai senjata menyembunyi pilu,
Untuk terus bangun kehadapan maju,
Berharap mendapat yang sejati,
Tetapi hakikatnya sering bersilih ganti,
Sering mengharap esoknya hari mati,
Tetapi hajatnya tidak dikabuli,
Bersabarlah diri menanti,
Selagi matahari belum mati,
Dirimu kelak akan dihargai.