/>/> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar/8433202393725463506?origin\x3dhttp://secawan-cappuccino.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



Copyrighted 2011
http://secawan-capucchino.blogspot.com/
'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!..

All Rights Reserved © Original
100% Copyrighted 2011 Blanche'


Profile

Asalammualaikum and hello readers...My name is AHMAD SAFWAN BIN WANDI SALLEM. You can call me Safwan, Wan or Mika(because my author name is Ahmad Mikhail). I am 22 years old and study in Bachelor of Science (Hons) Textile Technology at UiTM Shah Alam. Islam. Masih bernyawa. Mahasiswa sepenuh masa. Penulis dan Pemuisi.

The Boring Wishlist

Cukup berjaya di dunia dan di akhirat. Dapat membalas jasa mak dan ayah.

Links
My Puisi Blog
Twitter
Facebook
Posting

November 2011
December 2011
January 2012
March 2012
June 2012
July 2012
August 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
September 2013
November 2013
December 2013
November 2016
June 2018
July 2018
November 2018
February 2019
July 2019
November 2020

Cheers

Designer: Jean
Images: DevianArt
Image Hosted: Photobucket
Hosted By: Blogger



Monday, 23 December 2013

okay guys ini cerpen aku yang kedua hope enjoy..

Meniti Titian Akrab
Karya: Wan Zulfaqar

Deringan jam lonceng daripada iPhone 5 masing-masing telah mengejutkan dua beradik kembar yang sedang nyenyak di buai mimpi setelah seharian kepenatan membeli belah di Suria KLCC. Setelah bersiap untuk ke sekolah, mereka berdua keluar dari bilik masing-masing dan turun untuk bersarapan bersama ibu bapa mereka. Muhammad Hayqal Lufthi dan Muhammad Rayqal Lufthi dua orang jejaka tampan yang amat istimewa bagi pasangan Dato Hazman dan Datin Fauziah kerana mereka berdua sahaja anak yang mereka ada di dunia ini. Namun begitu, walaupun mereka berpasangan kembar hakikatnya mereka tidak bersefahaman antara satu sama lain. Sejak dari kecil lagi mereka selalu bergaduh hinggalah ke sekarang dan minat mereka dalam sesuatu bidang juga amat berbeza seperti Hayqal minatnya terhadap bidang lakonan dan nyanyian amat mendalam sehingga menjadi presiden kelab teater di sekolah manakala adiknya pula Rayqal lebih aktif di bidang sukan dan hampir kesemua sukan dia boleh lakukan sehinggakan dia telah dilantik menjadi presiden bagi kelab prostar di sekolah.
Selepas bersarapan mereka di hantar ke sekolah oleh pemandu mereka yang dikenali sebagai Pak Majid. Mereka bersekolah di sekolah swasta yang amat terkenal di ibu kota dan majoriti pelajar di dalam sekolah tersebut adalah anak orang kenamaan dan orang kaya sahaja. Namun begitu, mereka tidak bangga dengan kekayaan mereka seperti sesetengah pelajar yang terlalu takbur mengatakan perihal kekayaan ibu bapa mereka di sekolah. Bagi Hayqal dan Rayqal kekayaan itu adalah satu anugerah dari Allah kepada mereka dan mereka patut bersyukur atas kurniaan ini. Itulah kata-kata yang diajar oleh Dato Hazman kepada mereka sejak dari kecil lagi dan mereka pegang kata-kata itu hingga ke hari ini. Setelah sampai di hadapan sekolah, mereka telah disapa oleh ramai pelajar perempuan di sana dengan ayat seperti " hai abang handsome","selamat pagi abang, boleh jalan bersama-sama tak?","wah crush aku dah sampai lah, meltingnya tengok mereka berdua". Ayat-ayat seperti itu sudah lali dengan kehidupan mereka kerana ketampanan mereka berdua telah menarik minat ramai pelajar perempuan di sekolah tersebut seperti Hayqal yang memiliki penampilan kemas dan smart serta memakai cermin mata membuatkan dirinya seperti lelaki idaman wanita manakala adiknya pula Rayqal yang mempunyai penampilan seperti ala artis lelaki kpop membuatkan ramai pelajar wanita cair apabila melalui sebelahnya. Pengaruh mereka di sekolah juga amat kuat dan mereka berdua juga antara pelajar yang popular di sekolah lebih-lebih lagi selepas mereka menjadi presiden bagi kelab masing-masing.
Setelah sampai ke kelas mereka duduk di tempat masing-masing. Mereka tidak duduk bersama-sama kerana bimbang akan bergaduh di dalam kelas disebabkan tidak keserasian mereka berdua dan semua orang di sekolah juga tahu yang mereka selalu bergaduh di mana-mana tempat walaupun halnya kecil sahaja. Selepas meletakkan beg di atas meja Hayqal termenung dan mengalihkan pandangan matanya ke tepi tingkap di mana dia melihat seorang pelajar perempuan yang bernama Amanda Eriana. Hayqal telah lama menyimpan perasaan terhadap Amanda namun tidak mempunyai keyakinan untuk meluahkannya. Pada masa yang sama juga Rayqal juga melihat Amanda ataupun dipanggil sebagai Ana oleh Rayqal. Dia juga menyimpan perasaan terhadap Ana walaupun dia tahu Hayqal menyukai Ana juga.
Semasa kelas Bahasa Inggeris, Cikgu Syamsul yang juga memegang jawatan sebagai cikgu kokurikulum menyuruh kelasnya untuk membuat esei Bahasa Inggeris berkaitan tentang kelab mana yang lebih bagus sama ada Kelab Teater ataupun Kelab Prostar. Secara tiba-tiba Rayqal berdiri dan mengatakan bahawa kelab prostar lebih bagus daripada kelab teater kerana kelab teater hanya tahu berlakon sahaja dan tidak tahu melakukan kerja-kerja lain. Mendengar kata-kata itu secara tidak langsung Hayqal iaitu presiden kelab teater berdiri dan mengatakan bahawa kelab teater lebih baik dari kelab prostar kerana kelab prostar tidak mempunyai bakat dalam nyanyian dan berlakon. Keadaan di dalam kelas menjadi riuh rendah disebabkan mereka berdua tidak berhenti bertekak. Cikgu Syamsul tidak mampu buat apa lagi kerana sudah lali dengan perkara ini dan tak boleh dihentikan tetapi takut perkara tu terus meleret dia membuka suara juga "Cukuplah tu sampai bila kau orang berdua nak bergaduh, benda kecil macam ini pun nak gaduh ke? Kalau macam ini saya akan adakan pertandingan untuk menentukan kelab mana yang lebih hebat lagi pun sudah penghujung tahun dan kita perlu menobatkan anugerah kelab terbaik pada tahun ini serta dengan cara ini juga kita dapat mencari pemenangnya". Hayqal tanpa berfikir terus mengatakan setuju tetapi Rayqal terdiam seketika untuk berfikir sejenak dan Rayqal berkata "Saya bersetuju tetapi dengan satu lagi syarat iaitu berikan kami tempoh selama seminggu untuk membuat persiapan dan acara pertandingan cikgu yang tentukan". Mendengar dari syarat itu Hayqal terus berkata setuju dan berjabat tangan dengan Rayqal. Cikgu Syamsul juga setuju dengan syarat itu dan telah memberi masa seminggu untuk membuat persiapan bagi dua kelab tersebut sebelum pertandingan.
Dalam masa waktu seminggu itu Hayqal dan Rayqal telah menampal pelbagai poster dan menjadikan pelajar lain mangsa memberi risalah kepada pelajar lain untuk menyokong kelab mereka semasa pertandingan nanti. Hayqal menggunakan bakatnya dalam ucapan untuk menarik minat pelajar untuk menyokong kelab teater. Rayqal pula menunjukkan ototnya yang kental itu untuk menarik ramai pelajar wanita.
Sebelum sehari hari pertandingan, Rayqal secara senyap mengekori Amanda pada waktu rehat. Apabila Amanda sedang keseorangan dia mengambil peluang itu untuk berjumpa Amanda. "Ana!" teriak Rayqal. Ana yang terkejut memalingkan mukanya kebelakang. "Oh Rayqal rupanya kenapa ni nak jumpa Ana?" tanya Amanda. "Sebenarnya kan saya nak tanya hmm pasal pertandingan esok tu kalau saya menang awak nak keluar makan malam dengan saya tak?" jawab Rayqal. "Ah? Awak nak keluar makan malam dengan saya? Saya ni bukannya popular macam awak takkan lah awak nak keluar dengan orang macam saya ni". "Sebenarnya saya suka dekat awak cuma saya takut nak luahkan dan saya harap kalau saya menang esok awak sudi keluar makan malam dengan saya" ujar Rayqal. Amanda yang sedikit terkejut cuba untuk mengawal riak mukanya dan berkata " Kita tengok saja esok siapa yang menang kalau awak kalah jangan haraplah". Amanda berlalu pergi menuju ke kawannya Alisa pada masa yang sama Rayqal tidak sedar bahawa dia sedang diperhatikan oleh abangnya sendiri iaitu Hayqal. Namun Hayqal tidak melakukan apa-apa tindakan dan berlalu pergi.
Semasa berjalan menuju ke kelas Alisa bertanyakan kepada Amanda mengapa Rayqal bertemunya dan Amanda telah menceritakan semuanya kepada Alisa dan dia berkata perempuan perlu jual mahal kita tak perlu tunjuk yang kita nak terlalu senang untuk didapati.
Hari yang dinantikan telah tiba dan acara pertama yang akan dipertandingkan ialah perlawanan bola sepak. Kelab Prostar yang sememangya hebat dalam perlawanan bola sepak telah mengalahkan Kelab Teater 7-1 dan 4 gol dijaringkan oleh Ryqal sendiri. Acara yang kedua yang akan dipertandingkan ialah lakonan teater ringkas tetapi acara tersebut dibatalkan kerana semasa Kelab Prostar melakukan teater mereka diejek oleh Kelab Teater dan menyebabkan pergaduhan berlaku. Tetapi keadan kembali pulih apabila cikgu mengikat ke semua perserta dari kedua kelab di atas pentas teater untuk dijadikan bahan ketawa oleh para pelajar. Acara yang ketiga ialah acara 'dodgeball' di mana pemain harus membaling bola kepada pihak lawan untuk megeluarkan mereka. Namun pertandingan itu dibatalkan kerana berlaku pegaduhan juga apabila Rayqal membaling bola tersebut dengan penuh kekuatan ke arah Hayqal. Acara yang keempat pula ialah acara nyanyian dan pertandingan ini dimenangi oleh Kelab Teater setalah Kelab Prostar didapati menculik penyanyi dari Kelab Teater dan disembunyikan di dalam stor. Acara yang terakhir ialah acara yang dinantikan oleh semua orang iaitu perdebatan antara presiden kelab dan berdebat berkaitan isu semasa. Ternyata Hayqal lebih hebat dalam berhujah sehingga Rayqal tidak dapat membidas hujahnya. Melihat dari situasi itu dia tidak boleh mengalah dengan keadaan begini oleh itu, dia telah membaling microphone ke arah Hayqal. Mujur Hayqal sempat mengelak dan Hayqal menerajang dada Rayqal dan mereka berdua berguling di atas pentas dan bertekak sesama sendiri. Para pelajar hanya mampu ketawa sahaja dan cikgu yang berada di situ hanya menggelengkan kepala sahaja. Secara tiba-tiba gelakan para pelajar makin kuat apabila Rayqal dan Hayqal terjatuh dari atas pentas apabila mereka berguling dan yang menjadikan topik hangat pada sepanjang tahun itu ialah kedua seluar mereka terkoyak apabila jatuh ke bawah dari pentas.
Selepas itu mereka terus bergegas keluar malu dari dewan dan menelefon Pak Majid untuk mengambil mereka. Pada waktu malam Rayqal dan Hayqal masih memikir lagi peristiwa yang amat memalukan petang itu. Rayqal yang masih dalam kebingungan tiba-tiba mendapat mesej dari Amanda yang bertulis "Jom keluar makan! Saya belanja! Saya tunggu dekat Restoran Nelayan Titiwangsa okay :)". Melihat dari mesej itu, Rayqal tanpa berfikir panjang terus bersiap menuju ke sana.
Semasa di sana Rayqal hanya berdiam sahaja kerana malu berkaitan peristiwa petang tadi. Tetapi untuk memecahkan ais di mulutnya Amanda yang membuka mulut dahulu "Jadi siapa yang menang tadi? Haha". Mendengar dari pertanyaan itu Rayqal menjawab "Janganlah tanya malulah saya. Habislah saya kali ini jadi bahan ketawa saja dekat sekolah. Tetapi saya peliklah Ana kenapa Ana masih nak keluar dengan saya padahal saya tak menang pun pertandingan tadi. "Kenapa tak boleh ke Ana nak keluar dengan Rayqal?" tanya Amanda. "Boleh cuma saya pelik ya lah kan awak cakap awak tak nak keluar dengan saya bila saya kalah pertandingan tu" ujar Rayqal. "Tapi awak tak kalah cuma awak seri saja kan jadi saya keluar lah dengan awak" jawab Amanda. "Jadi awak terimalah cinta saya ya?" tanya Rayqal. "Saya dah lama terima awak saya cuma uji awak saja sebelum ini yang sebenarnya kalau awak mahu tahu abang awak Hayqal telah jumpa saya selepas awak jumpa saya" jawab Amanda. "Ah! Apa yang dia kata dekat awak?" tanya Rayqal lagi. "Dia tak tanya cuma dia luahkan yang dia suka dekat saya tetapi dia tak mengharapkan saya balas cinta dia kerana dia mahu saya bersama awak.Selepas dia melihat awak meluahkan perasaan dekat saya hati dia menjadi tawar dan disebabkan dia sayangkan awak sebagai adik dia, dia mahu saya bersama dengan awak" jawab Amanda dengan tenang.
Rayqal terus mendiamkan diri dan memikirkan tentang kembarnya Hayqal. Selepas dari peristiwa itu hubungan Hayqal dan Rayqal menjadi akrab dan tiada pergaduhan lagi yang berlaku sehingga tamat sekolah. Rayqal masih meneruskan hubungan cintannya dengan Amanda walaupun mereka berjauhan kerana Rayqal menyambung pelajarannya di dalam bidang business di Amerika manakala Hayqal pula menyambung pelajaran di dalam bidang kedoktoran di India dan masih lagi mencari jodohnya.

Tamat


'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!'.