/>/> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8433202393725463506?origin\x3dhttp://secawan-cappuccino.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



Copyrighted 2011
http://secawan-capucchino.blogspot.com/
'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!..

All Rights Reserved © Original
100% Copyrighted 2011 Blanche'


Profile

Asalammualaikum and hello readers...My name is AHMAD SAFWAN BIN WANDI SALLEM. You can call me Safwan, Wan or Mika(because my author name is Ahmad Mikhail). I am 22 years old and study in Bachelor of Science (Hons) Textile Technology at UiTM Shah Alam. Islam. Masih bernyawa. Mahasiswa sepenuh masa. Penulis dan Pemuisi.

The Boring Wishlist

Cukup berjaya di dunia dan di akhirat. Dapat membalas jasa mak dan ayah.

Links
My Puisi Blog
Twitter
Facebook
Posting

November 2011
December 2011
January 2012
March 2012
June 2012
July 2012
August 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
September 2013
November 2013
December 2013
November 2016
June 2018
July 2018
November 2018
February 2019
July 2019
November 2020

Cheers

Designer: Jean
Images: DevianArt
Image Hosted: Photobucket
Hosted By: Blogger



Saturday, 23 June 2018

Hai asalammualaikum..apa khabar semua? walaupun aku tahu xde siapa yg baca blog aku ni tapi entah tiba-tiba rasa nak menulis tu muncul..ya, last post aku pada tahun 2016 tu pun sekali tu je lah aku post dan aku kata dalam post tu aku akan cuba hidupkan balik blog tu, pembohongan besar yang aku buat hahaha..biasalah kita ni manusia bila cakap semua senang tapi bila nak buat belum tentu dapat buat.

Sebelum aku mula penulisan panjang lebar ni, aku nak cakaplah yang blog aku suara-sipemuisi.blogspot.com tu aku dah xde post apa-apa lagi puisi sebab aku sekarang dah mula menjadi penulis yang lebih matang dan profesional, jadi untuk mengelakkan karya-karya aku diplagiat oleh orang lain aku buat keputusan untuk stop post puisi aku dalam tu..aku masih menulis lagi cuma buat simpanan sendiri..ada masa kalau aku rasa nak bagi kawan-kawan baca aku bagilah tetapi ada jugalah yang aku simpan sendiri..sekarang aku pun dah ubah cara penulisan puisi aku yang boleh dikatakan amat bebas daripada dahulu yang aku sendiri ikatkan puisi-puisi lama aku dengan peraturan sendiri..terima kasihlah kepada En. Haji Solihin Osman yang mengajar aku berkenaan penulisan puisi yang sebenar dan bagaimana nak jadi seorang penulis yang profesional..tak sia-sialah aku sertai koku aspresiasi sastera masa semester dua dulu..dan kalau sesiapa yang baca blog ni teringin ataupun rindu penulisan puisi aku..boleh je email or comment kat blog ni insyaAllah aku akan beri beberapa penulisan puisi yang diberi nafas baru kepada semua.

Bercakap berkenaan semester..aku sekarang dah tahun kedua semester keempat..dan ya esok petang aku ada mula ada paper pada hari raya dan juga pada hari Ahad petang..haissh siapalah buat jadual periksa ni..gap antara paper pertama and kedua 10 hari pulak tu, mashaAllah..takpelah mungkin dalam 10 hari tu aku dapat study sepenuhnya memandangkan paper kedua aku tu paper killer..doakan lah aku berjaya semester ni dan xde repeat apa2 paper insyaAllah..semester depan aku dah masuk tahun akhir dah bermakna bermulalah FYP aku yang aku sendiri tengok senior-senior aku sampai tercungap-cungap nak siapkan..takut tu xlah sampai ke perasaan tu cuma mungkin wujud perasaan gusar ataupun gentar untuk hadap tahun terakhir tu dengan xcukup rehat dan ada latihan industri nanti...jadinya untuk cuti semester 4 ni aku memang nak rehat sepenuhnya lah untuk bagi sedia fizikal dan mental aku menghadap tahun akhir nanti.

Sepanjang 21 tahun aku hidup ni banyak la pengalaman yang aku dapat daripada berhadapan sendiri mahupun menghadap mereka di luar sana..nak dibandingkan pengalaman aku dengan orang lain memang berbeza..pengalaman aku cumalah percikan air hujan sahaja nak dibandingkan orang lain yang mungkin mempunyai pengalaman sebaldi mahupun sekawah air hujan..tapi apa yang aku pasti setiap pengalaman tu akan mengajar kita menjadi seorang manusia..ya tetapi adakah menjadi seorang manusia berguna ataupun tidak? terpulang kepada orang yang mentafsir pengalaman itu adakah memandang sekadar di luaran mahupun cuma picisan singgah ? ataupun menganggap setiap pengalaman itu mempunyai maksud yang jelas dan kiasan yang tersendiri dan bagaimana diri itu merongkah lautan berbeza tersebut...ah sudah macam orang tua dah rasa bila menulis pasal isu ni hahaah

Banyak benda berlaku pada aku, kalau nak diceritakan di blog ni memang tak tidur beberapa hari lah jawabnya..tapi aku bersyukur dapat kawan yang setia sanggup dengar masalah aku daripada dulu sampai sekarang..ya aku tahu kawan itu akan datang dan pergi..dah banyak yang tiba singgah berlalu pergi begitu sahaja..begitulah kehidupan, kitaran sama yang tidak boleh diubah dengan kedipan mata..apa yang aku paham kita tak boleh memaksa hati orang untuk terima kita tidak kisahlah dari sudut cinta mahupun persahabatan..sebab terkadang cara kita yang salah tanpa disedari adalah punca segalanya..jika berlaku salah dalam kehidupan jangan tunding terus kepada mereka, lihatlah juga pada diri sendiri sebab manusia tidak sempurna dan tidak lari daripada khilaf sendiri..apa yang diberitahu itu memang senang diungkap tetapi ya aku tahu juga ia juga susah dibuat..biasalah tu ego kita sebagai manusia x akan pernah mengaku kalah untuk diri sendiri..insyaAllah kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik.

Aku rasa itu sahaja penulisan aku pada kali ini..aku x janji yang aku akan sentiasa menulis di blog tetapi yang pasti aku akan kembali lagi..niat aku menulis balik di blog ini sebab aku rasa terlalu sarat perasaan yang terkumpul dalam hati terkadang x terluah dalam kata dan x tersimpan di dalam hati..jika adapun sesekali akan ku luah pada kawan-kawan rapat, tetapi mereka juga ada kehidupan sendiri yang tak perlu sentiasa aku ganggu cukup sekadar aku tahu mereka ada bilaku perlu..penulisan ini juga adalah salah satu cara untuk dapatkan balik passion aku dalam bidang penulisan puisi kerana sejak akhir-akhir ini aku sudah kekeringan idea dan terlalu sibuk untuk menulis, jadi mungkin daripada penulisan ini insyaAllah apa yang telah aku hilang mencari itu jumpa kembali..

Sekian..

-Mika-

'Aku ialah aku, Aku bukan kamu, Yang selalu membandingkan aku dengan dirimu, Yang cukup sempurna di mata zahirmu!'.