Saturday, 9 February 2019
Hai asalammualaikum..lama sudah tidak bertandang ke blog ini..dah masuk tahun 2019, menunjukkan umur da meningkat kpd 22 tahun..seperti biasa aku akan update blog bila aku rasa aku ada mood dan tak sibuk..sekarang aku sedang berlatihan industri di sirim qas sehingga 15/3 dan dah genap 3 minggu aku kat situ..so far pada aku alhamdulillah aku okay je kat situ bnyk benda baru yg aku bljr dan semua staf tersangatlah baik dan supportive..cumanya sekarang aku sorang je kt rumah sewa ni sbnrya ada je sorang lg budak kerja tp dia pon bila hujung minggu xde blik ke rumah parents so pd aku serupa je aku hidup sorang kt rumah ni..nak kata lonely tu pon mungkin la sikit tp sbb aku ni mmg sejenis mahkluk yg suka duduk dlm rumah drpd keluar so pada aku xlah lonely sangat cumanya bila sorang2 lagi bnyk benda aku fikir sampai terlebih-lebih..aku akan masuk topik tu nnt bawah sikit..tp kira alhamdulillah la ada member kelas yg intern di area sama ajak makan sekali bila malam apa semua so x la aku lonely sngt dan staf-staf di sirim pon ada juga ajak lepak malam apa semua so bolehlah aku bertahan sementara tunggu lagi 2 minggu untuk housemates aku pulang.
Minggu depan juga result semester 5 akan keluar pada 15/2 yang pada aku pon agak nervous juga la sbb takut ada yang xperform ke apa cumanya aku harap semua budak kelas aku termasuk aku sekali perform la dpt pointer 3.0 ke atas dan tiada yg repeat ke apa sbb bila da masuk sama degree mestilah nk habis sama-sama then join konvo..ckp pasal classmates aku ni pada aku dieorang semua ada perangai masing2 cumanya tanpa dieorang tu mmg confirm la aku bosan dalam kelas tu..walaupun masa baru-baru masuk agak x brp nak ngam mungkin sbb masing2 cuba untuk suai kenal perangai masing2 dan sebaliknya..cuma untuk aku dieorang mmg amik masa lama sikit untuk ngam dng aku..sbb aku ni jenis bila di alam maya seperti dalam whatsapp atau instagram mmg aku aktif kuat membebel apa semua tp bila diluar aku lebih banyak diam berbanding dng dua org classmate lelaki aku yg laen yg lebih riuh dri aku sendiri..mmg nature aku sendiri begitu seorang yg pendiam dan xtahu nak mulakan bicara bila di luar lagi2 dng org yg xrapat..tp alhmdulillah skrg kitaorang semua dah ngam mungkin dng cra aku ubah cra layanan dan mula sosial lebih dlm kelas serta kerelaan dieorang untuk approach aku buat kitaorang lebih ngam drpd dulu..sem depan pula yelah sem terakhir kitaorang kiranya itulah sem terakhir untuk cipta kenangan bersama lagi dalam satu kelas yg sama lepas ni semua dah buat haluan masing2 di negeri sendiri.
Ok kita masuk pada topik yg bila aku sorang2 aku bnyk pikir bnyk benda..ya aku sekarang dalam situasi masalah yg aku sendiri tak tahu apa penyelesaiannya..masalah ni dah lama drpd awal bulan 1 lagi berlaku dan sebab masalah ni la buat aku over thinking dan sbgnya..smpai satu tahap aku tak tahu ingin ke mana di antara dua pilihan sebab dua-dua adahalah sebuah perjudian untuk aku lakukan kerana ke kiri mahupun ke kanan aku tak tahu di penghujung jalan itu ada lembah syurga ataupun gaung neraka..masalah ni buat aku buntu sehingga aku tnya pendapat kawan baik aku sekali pon aku takkan puas dng jawapan tu dan drpd itulah aku decide untuk xnk cerita kt sesiapa kerana aku tahu akau takkan puas dng jawapan dieorang dan lagipon masa tu tgh exam jadi aku xnk ganggu masa sesiapa dng masalah aku sendiri..akhirnya jua ayat dripada kawan abang aku sendiri yang aku ingt smpai skrg bantu aku untuk bangun kembali..mungkin sbb tuhan buat aku ingt ayat itu untuk situasi aku yg skrg..peracangan tuhan adalah yg paling indah..ayat tu simple je kt mana2 ceramah boleh jumpa " bila kita kejar akhirat, insyaAllah dunia akan ikut sekali" dan daripada ayat itulah aku kembali kpd Dia semula sesungguhnya tersangatlah lama lalai aku ini..aku cuba kembali kepada kehidupan lama aku yang mejaga agama dan bila aku mula over thinking aku cari quran untuk ketenangan..cumanya kini aku masih tiada keputusan tetapi aku berserah pd tuhan dng mencipta satu lorong tengah antara kiri dan kanan di mana aku berlalu perlahan sambil menoleh sesekali kiri ke kanan..dan sekarang ini juga pada aku x sempurna aku punya jalan jika sekadar dalaman sahaja yg kuat sebab itulah aku hide segala status, gambar di whatsapp..aku ingin jauh pergi buat sementara daripada laman sosial itu cukup aku gunakan bila ada kecemasan ataupun untuk aku luah rutin hari di instagram..dan maaf jua jika aku lambat balas ataupon x balas langsung di whatsaap sesunguhnya kau mencari ketenangan sempurna buat sementara waktu ini..
Itu sahaja nukilan hati yang aku bawa hari ini jika ada hari nanti kita bertemu lagi. Salam.
-mika-