Sunday, 7 July 2019
Hai asalammualaikum..lama jua aku tak buat posting baru dalam blog ni..seperti biasa aku update blog ni bila aku rasa perlu dan bila aku rasa nak meluah dalam penulisan sendiri..sekarang ni dah bulan 7 iaitu bulan yg terakhir untuk aku bergelar sebagai mahasiswa sepenuh masa dalam UiTM..bermula dari hingusan yang tak tahu apa pasal kehidupan dewasa pada 2016 sekarang apa yg telah dikumpul dan diajar selama 3 tahun perlu jua aku simpan dan perlu jua aku gunakan untuk alam pekerjaan serta mungkin juga untuk kehidupan-kehidupan yang akan datang siapa tahu kan?
Aku menulis ni tak ada lah topik besar yg nak aku kongsi ke apa cuma x sangkalah da sampai penghujung masa hari-hari dalam dunia degree ni..3 tahun tu sekejap je, selang semester demi semester dan akhirnya aku disini menanti paper aku yang terakhir pada 12/7 jumaat ni..agak lambat paper terakhir aku ni sebab hari tu ialah hari terakhir untuk semua budak UiTM jawab exam so kira macam kitaorang ni geng2 tutup pagar gitu..nak complain ke apa ke mmg xboleh ubah apa pun mmg dari dulu sistemnya begini dan aku pon dah akhir semester ni terima je la dng reda..oh nak juga aku kongsi yang aku ditimpa musibah sehari sebelum paper kedua aku..aku terlibat dalam kemalangan di mana aku langgar kereta ketika menunggang motor..tetapi alhamdulillah mungkin dari doa mak ayah aku selama ni, Tuhan selamatkan aku dari cedera yang parah atau teruk cuma kaki aku retak sikit sebab salah landing masa jatuh so sekarang ni aku dah hidup seminggu sebagai oku sementara kaki sebelah kanan aku dibalut separuh simen dan mungkin jua selepas ini akan dibalut full simen..doakan lah aku cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa secepat mungkin...mujur jua kereta yang aku langgar tu tak ada apa2 berlaku so aku tak kena bayar apa-apa ganti rugi
Cumanya sepanjang aku jd oku sementara ni aku dapat belajar belajar untuk lebih memahami manusia kerana seteruk mana pun keadaan kau sebatas mana pun pergarakkan kau, orang keliling tak akan setia sentiasa ada selalu..mereka jua ada kehidupan yg lain, mereka jua ada urusan yang perlu diselesaikan..even sesakit mana pun diri kena pandai jua memahami situasi orang laen dan belajar berdikari untuk mudahkan urusan diri sendiri..aku hari ni sorang di rumah sewa, sebab semua housemate aku balik kg sebab dah hbis exam dan diaorang juga dah mula start practical esok dan isnin ni tapi ada juga practical di shah alam so diaorang akan balik esok..rasa berat juga nak tinggalkan rumah ni walaupun ada yang aku baru kenal masa bulan 12 tahun lepas tapi bonding kitaorang seperti adik beradik dan ada juga yang aku kenal dri semester 1 lagi sama2 duduk sama bilik kolej dan di rumah sampai la aku habis nanti..tpi apakan daya diaoarang semua graduate setahun lambat dari aku sebab course diaorang 4 tahun dan aku 3 tahun je..mmg aku akan rindu semua kenangan bersama semua housemates aku.
Dan beralih pula pada coursemate aku..aku tak tahu sama ada hubungan kitaorang ni akan kekal bila dah habis belajar nanti cuma yang pasti bila masing2 dah nak kahwin aku akan cuba datang untuk setiap majlis setiap sorang tu..aku tak rasa 3 tahun kitaorang bersama tu cukup kuat bonding kitaorang untuk bawa ke next level..cuma mungkin ada certain2 yg aku rapat aku akan contact lagi..aku pun paham sebab lepas ni semua buat haluan masing2 dah ada yang nk smbung master, kerja ada juga yg nk rehat kejap chill macam aku lepas ni..so dari situ boleh nampak yg bonding tu masih ada cuma x akan kuat seperti sekarang sebab pada aku mula tahun yang ketiga la kitaorang semua punya bonding tu da kuat and rapat..but life is life..setiap permulaan pasti ada perpisahan..lagi lama jua tempoh kitaorarang rapat dalam satu kelas lagi susah jua untuk dilepaskan..yang pasti memang setiap perkenalan dari hari pertama dan hari terakhir aku jumpa diaorang pada zaman belajar ini aku akan abadikan kenangan tu dalam kotak kecil bernama fikiran.
Ok yang terkahir..plan aku lepas habis degree ni seperti yang aku beritahu kat ramai orang yang aku nak rehat sebulan dua dulu kt rumah dri segala kepenatan belajar bagai ni..aku akan berlatih balik memandu sebab aku dah lama sngt x drive walaupun ada lesen kereta so kena selalu drive untuk cekapkan di jalanraya..pada masa yang sama aku fikir nak tambahkan lagi koleksi puisi aku serta cari ilham2 baru yang aku boleh gunakan untuk dapat idea dan yang terakhir sekali aku nak tunaikan impian aku yang aku letakkan syarat sendiri iaitu menulis novel..memang telah menjadi hasrat aku dri dulu lagi sejak pertandinan menang karangan dan cerpen di sekolah untuk menulis dan memasarkan novel aku sendiri.. puisi aku masih aku fokus dan masih lagi ingin aku bukukan cumanya sekarang buku puisi ni susah ingin dipasarkan selagi kau tiada nama yang gah walaupun penulisan tu biasa-biasa je..sebab ada nama kan mmg publisher underground suka gunakan untuk dpt untung cepat..cuma novel ni mmg aku telah syaratkan dalam hidup aku dari tingkatan 4 lagi untuk mula menulis novel bila aku betul2 dah habis belajar so insyaAllah aku akan cuba untuk menulis novel yang tak tahun apa genre lagi yang pasti aku akan cuba buat..doakan impian aku tercapai.
So dah cukup banyak rasanya aku bebel pagi-pagi buta ni jadi sampai di sini sahaja penulisan aku sehingga kita ketemu lagi pada lembaran seterusnya. Sekian.
-mika-