Tuesday, 10 November 2020
Hai aslammualaikum, rasanya lebih setahun juga aku tak menulis dalam blog ni..seperti biasa, aku menulis bila perlu dan jika ada nafas untuk luahan..umur aku sekarang dah 23 dan lagi 2 bulan dah nak masuk 24..banyak benda berlaku sepanjang tempoh setahun lebih dari last post aku tu..ya sekarang aku berada dalam alam dewasa dah ada kerjaya dan sekejap je aku da genap setahun kerja.
Kali ni post aku macam biasa ingin buat luahan hati yang aku pendam lebih setahun ni..ada masanya aku akan luah melalui karya-karya puisi aku dan ada masanya juga macam sekarang ni aku ingin meluah terus melalui lisan yang aku sendiri lebih selesa kerana aku suka membebel..puisi tu pada aku hanya hobi yang aku suka buat tapi tak suka berkait tapi ada masanya juga dari diri aku juga puisi tu lahir maka dari itu tercipta sebuah puisi agung pada aku sendiri.. kebanyakkan orang salah faham yang puisi aku buat tu semua berkait dengan diri aku walhal aku lebih suka berbicara untuk orang dan menjadi orang lain dalam puisi aku tu seperti topeng-topeng..tapi itulah bila ramai dah tahu aku penulis begitu jadi diaorang susah nk bezakan puisi aku tu dari aku atau dari kamu.. biarlah jadi bualan mereka sehingga ada yang tanya sendiri.
Bulan ni kira jd bulan yang genap untuk aku setahun bekerja selepas hbis belajar..3 bulan aku kerja di kedai sukan, jaga kedai, pasang tali raket tu semua then lepastu aku berhenti, kerja pulak dalam gudang di pelabuhan..so far aku belum achieve apa yang aku nak sebenarnya dan mungkin itu juga perancangan tuhan..aku bersyukur dng apa yg aku lalui skrg walaupun bukan di landasan yang aku nak..kerja aku masih aku anggap sebagai sementara sahaja memandangkan susah nak cari cari kerja baru lagi dng situasi pandemik begini, belum ada alasan untuk berhenti dan beribu soalan untuk aku mencari..belum ada rezeki lg tp aku bersyukur apa yang aku dpt..kawan2 aku ramai lagi yg terkandas perjalanan mereka berbeza, berliku mahupun terus itu bahagian mereka dan aku ada bahagian aku..moga kita semua dapat capai apa yg kita nak dan dapat kerja tetap yang diimpikan
Sebenarnya aku pon tak tahu apa aku nak capai mungkin sebab aku tak capai lagi pencapaian kecil aku sebab tu aku masih berdiam bodoh mcm org tiada hala tuju..kawan2 aku ramai da kahwin, cousin2 aku pon apa kurangnya yg sebaya mahupun hampir dah bertunang nak kahwin..dan aku masih disini menjadi seketul lobak berguling-guling..nak kata aku masih berada di comfort zone tak juga..mungkin apa yg aku lalui sepanjang setahun lebih ni buat aku hilang rasa confident dan arah tuju hidup..pada aku sekarang aku terlalu ikut flow apa yang berlaku dan sebab itu juga aku dah berjauh hati sangat dengan kerja aku sekarang ni.. agak susah nak buat keputusan bila dah dewasa ni lagi bila masih duduk dng parents ada juga keputusan hidup masih ingin ditentukan jua walaupun dah dewasa..bukan nak complain mahupun derhaka tp itulah kehidupan siapalah kita tanpa family ikut mahupun tak kena masih jua berbincang mahupun diam dah berumur ni tak perlu lagi memberontak macam budak2 lagi.
Soal hidup masih aku teruskan jua dan juga soal hubungan aku tak anggap benda tu serious lg tp itulah bila tiba2 muncul ada mmg aku perlu anggap tu serious..cukuplah menjadi sekadar peneman biasa yang tiada ikatan apa2..aku dah serik dengan semua tu sebab tu aku masih lagi mencari belahan jiwa yang sebenar.
Cukuplah sampai di sini sahaja luahan aku..ada je banyak lagi sebenarnya cuma apa yang lepas tu biar lepas cukup aku dan tuhan saja yang tahu..di sini cumalah luahan concern aku sahaja..stay safe and sanitize sehingga kita berjumpa lagi nnt. Sekian.
-mika-